ZAMRUD mula di sebut dalam penulisan 4,500 tahun lalu dalam watikah dikenali sebagai PAPYRUS PRISSE , dan ia ditemui dijahit pada balutan mumia Mesir. Antara batu keramat Mesir, kepingan Zamrud ditemui di antara LAUT MERAH dan SUNGAI NIL, sesetengah sebesar empat kubit panjang dan tiga kubit tebal ( satu kubit berukuran 46 cm ).
ZAMRUD digambarkan pelbagai dalam sejarah, tetapi takrif filsuf silam , PLINY paling tepat. " Daripada semua batu permata, hanya zamrud sahaja menjamu mata tanpa menjemukan. Sungguhpun mata penat, ia segar semula apabila menatap batu ini. "
Saudagar permata abad ke-16, BENVENUTO CELLINI, menilai zamrud sebagai empat kali nilai berlian, terbukti pada turun naik harga berlian.
Di samping terbukti melalui sejarah sebagai pelaburan tiada tandingan , zamrud dikatakan ada pelbagai kuasa.
Ahli sihir percaya bahawa jika zamrud diletak berhampiran, sihirnya tidak menjadi. Sesetengah dapat menelek dengan memakai zamrud. Satu lagi mitos ialah zamrud memperbaiki ingatan dan menjadikan seorang lebih petah.
Zamrud antara batu permata penting astrologi. Ia permata legenda pasangan bercinta, dikuasai planet VENUS. Ia batu kelahiran MEI, lambang zodiak TAURUS. Zamrud juga tangkal bagi hari ISNIN, jam kedua bagi setiap hari dan permata bagi menyambut 55 tahun perkahwinan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan